Today is my happiest day. Every day is my happiest day.

Nama saya Muhammad Zakur Hadif. Saya berasal dari negeri Johor, selatan Malaysia. Umur saya 12 tahun. Ketika hujung minggu kebiasaannya saya akan siapkan kerja sekolah saya serta bermain “computer games”.

Memori saya yan paling manis ialah mendapat anugerah adik perempuan pada tahun 2014 lalu. Memori yang paling kelakar ialah ketika saya bergurau senda dengan nenek dan datuk saya. Hari saya adalah hari paling gembira – setiap hari. Semalam saya melakukan sesuatu yang jarang saya lakukan. Iaitu balik sekolah terus buat kerja sekolah. Biasanya saya akan tidur dulu. Esok saya akan lakukan perkara yang lebih baik daripada semalam. Orang yang paling saya suka untuk berada disekeliling saya ialah ibu bapa saya, abang serta adik saya. Juga kawan-kawan saya. Hari saya penuh dengan kejayaan bila dapat memberi kegembiraan kepada orang disekeliling saya. Juga apabila dapat menghadapi cabaran dengan tenang serta dapat menyelesaikan dengan baik.

Jika saya diberi peluang untuk mengubah dunia – saya akan berjumpa dengan semua pemimpin negara Islam agar menyediakan laluan pengguna kerusi roda di semua tempat awam. Saya teringin sangat untuk makan malam dengan individu yang sudah meninggal dunia seperti Prophet Muhammad dan nenek saya. Untuk yang hidup, teringin hendak jumpa Nick Vujijic. Saya suka dengan trip ke Saudi Arabia, Melbourne dan Auckland. Impian saya ialah mengembara ke seluruh dunia untuk belajar kualiti hidup sebagai seorang Duchenne.


My name is Muhammad Zakur Hadif. I come from the state of Johor, southern Malaysia. I am 12 years old.

My sweetest memory is that I was blessed with a younger sister in 2014. Memory of the most hilarious was when I joke with my grandmother and grandfather about old movies. Today is my happiest day. Every day is my happiest day. I will make my day – the most happiest in my life. Yesterday I did something I rarely do. After back from school immediately do my homework. Normally I sleep first. Tomorrow I will do better than yesterday. During the weekend I would normally prepare my school work and play “computer games”.

If I am given a chance to change the world – I will meet the leaders of the Islamic countries in order to provide wheelchair access in all public areas. I badly would like to have dinner with people who have died as Prophet Muhammad and my grandmother. For the living, can not wait to see Nick Vujijic. I like to travel to Saudi Arabia, Melbourne and Auckland. My dream is to travel around the world to study the quality of life in persons with Duchenne.

The most I like to be around me are my parents, my brother and sister. Also my friends. My day is full of success if I can give happiness to those around me. Even if it can meet the challenges in stride and it can finish well.